Hampir sebulan agaknya dah selesai konvokesyen di OUM, dan selama ini juga penulis berulang alik antara kedah-KL- JB, macam-macam kerja yang dibuat sampai akaun syarikat pun penulis buat,alhamdulillah walaupun tiada kerja tetap,rezeki tetap ada walaupun hanya cukup untuk perbelanjaan diri sendiri, secara rasminya penulis bergelar penganggur,ramai rupa-rupannya penganggur sampaikan borang GSTT di Kubang Pasu,KOta Setar dan Kluang menimbun,penulis tak mengharap sangat nk dapat GSTT nih,maklumlah waktu belajar di UIA dulu main-main, bila grade terkapai-kapai minta kerja,apa pun selama tiada kerja ini macam-macam penulis belajar, alhamdulillah.. seperti kata Fadzli Yusof. pakar motivasi;dalam hidup kita ini ada dua suis, suis merah dan hitam,so terpulang kepada kita nk pilih hidup yg baik atau yang gelap,anda adalah diri anda sendiri,tiada siapa yang mampu ubah melainkan diri anda sendiri
hala tuju selepas ini penulis kena set betul-betul,di depan mata penulis ada dua jalan; bidang pendidikan dan bidang halal,bidang pendidikan sebab penulis memang minat mengajar dan sekarang pun ada join program motivasi bersama syraikat motivasi yang diterajui oleh Saudara Mohd Fadzli Yusof, dan bidang halal lak penulis ada kelayakan kt situ,cuma penulis tak berapa berani dan yakin untuk berkecimpung dalam bidang halal ini, cuma berani bercakap dan berceramah serta menulis...
jadi,mana satu yang penulis patut pilih? bak kata Dr Fadzillah Kamsah terdapat banyak halangan yang menyebabkan individu itu sukar untuk capai matlamat, dan individu tersebut perlu menerobos sempadan dirinya untuk mencapai matlamat dalam hidup, nampaknya penulis kena la menerobos sempadan diri... hmmm...
apa pun doakan penulis supaya dapat kerja,yang tu ja.. jumpa lagi...