Wednesday, July 7, 2010

Cetusan Hati..

Susahnya menjadi Dai’e
Diri ini penuh noda,
Penuh Dosa,
Penuh noda..
Tapi cita-cita ku tinggi..
Menjadi Dai’e
Ya Allah..
Bantulah hamba Mu..
Membantu masyarakat di sekelilingku..
Yang kian lupa.. kian alpa..
Akan tangungjawab mereka..
Ya Allah
Aku takut Ya Allah..
Takut di Akhirat nanti aku dipersoalkan..
Ya Tuhan,
Aku tak punya apa-apa Ya Allah
Ilmu yang cetek
Harta yang secebis Cuma
Ya Allah..
Aku bersyukur..
Kau masih berikan hidayah kepada ku..
Namun aku insan biasa..
Selalu lupa dan lalai
Patutkah aku membantu mereka
Sedangkan aku masih terkontang kanting..
Patutkah aku melihat sahaja..
Hanya memikirkan diri sendiri..
Patutkah aku..